Salam semua

Anda dijemput untuk menghantar karya anda di blog ini....
Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas penghantaran cerpen, novel, puisi atau pantun....

Friday, October 31, 2014

Majlis Perpisahan

Assalamua'laikum wbt


Tadi kite orang buat majlis perpisahan untuk shahrul dan daus. Ofismate yang bakal meninggalkan kolej dan berhijrah ke tempat baru. Sebenarnya majlis ni idea husband aku. Aku pun rasa ia satu idea baik. Lagipun team elektrik dah lama tak buat makan-makan. Kadang-kadang program camni sangat bagus untuk eratkan silaturrahim... 

Petang semalam aku bincang ngn kmas, liaw n mimi. tanya pendapat diorng. Semua setuju dan terima kasih sebab atas sumbangan idea.. Ha...aku ni tak bijak..pastu pelupa pastu memang sangat tak yakin dengan diri sendiri. So setiap apa yang aku buat memang aku sangat perlukan sokongan dan pendapat kengkawan. Tapi peliks kan kenapa aku dipilih tuk jadi ketua.. huhuh mungkin ada hikmah disebalikknya. Allah sebaik-baik perancang.

Asalnya aku nak guna duit kelab je. Tapi dah namanya rezeki, memang dapat free (ada orang sponsor....siapa yang sponsor ..biarlah rahsia..biar Allah je tau). KFC dan Dominos pizza free untuk 20 orang. Allah je dapat balas budi baik kalian. Memang kalau Allah nak permudahkan, memang urusan kita akan jadi sangat mudah kan. Terima Kasih Allah. Dan kalau Allah murahkan rezeki...memang senang sesangat.

Pagi tadi baru nak beli semua barang. Hadiah pun tak beli lagi. Sebenarnya aku agak cuak jugak..takut kelam kabut dan tak jadi lak majlis. Dalam hati aku berdoa sesangat moga Allah tolong dan permudahkan. 

Selalu pagi-pagi lepas breakfast, aku akan pergi surau pam susu. Kat surau ramai staf pompuan akan solat dhuha dan ada yang sambung baca Qur'an. Ha...aku pun lama-lama join solat dhuha. So, pagi tadi kelam kabut. Rasa macam tak nak solat dhuha. Sebab nak uruskan majlis. Tapi teringat tazkirah dari ustaz sabri pagi tadi. Lepas baca Yasin ada tazkirah ringkas. Ustaz kata, bila kita dahulukan urusan agama, In sya Allah , Allah akan permudahkan segala urusan. Yang susah jadi senang. Ustaz kata, majlis yassin dan tazkirah ambil masa sejam. Mungkin ada yang pilih untuk duduk di pejabat buat kerja-kerja ofis. Dan ada yang pilih masa sejam tu untuk hadir majlis bacaan yassin dan tazkirah. Dengan keberkatan bacaan yassin dan tazkirah tu...in sya Allah, Allah akan permudahkan segala urusan sesiapa yang pilih majlis agama. Apa yang dia buat jadi berkat. Percayalah...

Bile teringat kata-kata ustaz tu...aku trus  g  solat dhuha. Mana tau dengan berkat dhuha..yang susah jadi mudah... Allah tolong kita. Lepas dhuha tu, aku ingat nak trus kuar je g beli hadiah dan makanan... Malas nak pam susu dan baca al-mathurat. Tibe-tibe hidayah Allah datang..teringat tazkirah ustaz pagi tadi. Maybe dengan bacaan Al-mathurat ..Allah tolong aku. Percaya dan yakin dengan kuasa Allah. So aku sambung baca Al-Mathurat sambil pam susu.

10 lbh baru aku kuar dari surau. Kelam kabut sikit. Aku cari kmas ngn mimi. Kmas kelam kabut nak g meting. mimi pulak takde. Last-last aku kol husband ajak dia g beli hadiah. 1030 dah time tu... majlis kul 1130. Lagi sejam! Hadiah tak beli lagi. Kfc pun tak beli lagi...

Kami berdesut kereta g kedai buku kat serting. Sampai je tengok pintu kedai tu bukak sikit jek. Dalam hati..kedai ni tak bukak lagi ke. Tapi tanpa rasa malu aku ngn husband masuk tanya owner kedai tu..." abg..kedai dah bukak ke"
Abg tu jawab... " Nak beli buku ke..masuk la"...
Masa kami dok pilih buku...abg tu cakap..." sebenarnya kedai saya tutup hari ni... tapi saya datang kejap sebab ada keje nak buat"...

Ya Allah....nampak sangat Allah permudahkan urusan kami. Imagine kalau kedai tu tutup . Kat mana saya nak cari kedai buku. Kat bahau ni...situlah satu-satunya kedai buku yang jual buku islamik.

Lepas bayar..kami berdesup g bahau nak beli kfc. Masa on da way tu...ada sorang kawan saya kol..tanya saya kat mana. 

saya tanya "kenapa?"
tau tak dia jawab ape.. " Azah...beli domino pizza..4 keping extra large..saya sponsor"...
dalam hati saya..."alhamdulillah..."
Bertalu-talu Allah permudahkan urusan saya. Hasil solat dhuha dan al-mathurat.

Bukan tu je...ada sorang kawan saya pun call bagitau....ada orang sponsor KFC dengan harga RM100. 
Ha...amek... KFC disponsor.... Then kawan saya kata..."kalau lebih dari rm100 kena tambah duit"...
Bagi saya RM100 tu dah cukup banyak. 

Dalam hati sesangat bersyukur. Kemudian kami sampai kat bahau. Bahau ni pekan kecik je. Dan bahau ni ada satu selekoh yang berbentuk u, kalau nak pergi kfc dan dominos...Dan macam biasa saya ngn husband memang selalu tak pakai sit-belt. Memang jarang sesangat kalau setakat jalan dekat-dekat ni. Masa kami sampai kt selekoh..tiba-tiba ada JPJ tengah buat ro-blok. Ya Allah..kelam kabut pakai tali pinggang.  Time tu la nak tarik sit -belt dan time tu jugak sit-belt tersangkut. Jarak kami ngn JPJ tu lebih kurang 2 meter je. Hah memang dekat. Kalau dia tengok ..memang nampak kami tak pakai sit-belt. Tapi memang Allah tolong kami, JPJ tak tahan pun kami. Malah tak tengok pun. Kami lalu seolah-olah tanpa ada sekatan jalan raya. 

Masa on da way nak balik ofis... saya risau sebab meja , kerusi semua tak susun... Tak setup pun. Akhirnya dapat mesej bertubi-tubi dari kengkawan yang nak menghulurkan pertolongan. Saya just taip... tolong susunkan pape yang patut. Dan alhamdulillah..bila sampai je..semua dah settle. Ramai kengkawan yang hadir walaupun diberitahu last minute... Tau tak..tetiba lak time tu pengarah duduk kat depan bilik yang kami nak buat majlis. So.. mase tu jugak kami invite pengarah. Pengarah kami ni sangat la baik..sampai tak tau nak describe camne,.. Memang rezki kan..Allah dah rancang sebaik-baiknye untuk kami... 

Tak tau nak describe macamana..betapa Allah permudahkan urusan kami. Mungkin hikmahnya mendulukan urusan agama dari urusan dunia. Dan juga hikmahnya solat Dhuha dan Al-mathurat. Dan juga bacaan Yassin. 

Bukank nak riak dengan amal atau pertolongan Allah. Tapi sekadar nak berkongsi pertolongan Allah boleh datang bila-bila dan dimana-mana dalam apa jua bentuk. Yang penting kita dahulukan Allah dalam semua urusan. Bila masuk waktu..terus solat. Tinggalkan segala urusan dunia. Bila kita kejar dunia, dunia akan trus lari tinggalkan kita. Tapi bila kita kejar akhirat, in sya Allah dunia kejar kita. 

Tak rugi pergi majlis bacaan Yassin pagi tadi...

Antara kerjaya atau keluarga....

Assalamua'laikum wbt
Susah kan dalam hidup ni untuk buat pilihan. Tapi bila dinamakan hidup...memang terpaksa untuk buat pilihan. Sebenarnya mmg aku dah janji dengan shazira nak bagi taklimat pada anak-anak orang asli. Aku kalau free memang takkan menolak. In sya Allah aku akan cuba memenuhi undangan ceramah (haha chewahhh)..walhal kuli jek...

Tapi Allah sebaik-baik perancang. Aku dapat khabar berita yang tak berapa nak gembira. Semalam dapat call, anak sedara baru kena jangkitan kuman. Dan of course mak dia a.k.a kakak aku sedih sesangat. Aku pun menitis air mata dengar. Bab-bab anak ni memang touching.

Pagi tadi aku call rumah kat kampung, makcik belakang rumah angkat phone. Peliks plak. Apesal makcik belakang rumah tetiba muncul. Rupa-rupanya mak aku tak sihat. Mak pening. zirah pulak demam, tak boleh bangun. Haaa sedihnya dengar... Dah la kak ani dalam pantang. Baru bersalin 4 hari. Dugaan-dugaan...

Jadi nak tak nak, aku terpaksa tolak untuk bagi taklimat tu. Aku terpaksa pilih family. Walaupun aku tak sampai hati pun nak menolak...tapi aku rasa pilihan untuk balik kampung tu yang terbaik. Family lebih perlukan aku. Tadi pengarah tanya..aku pergi tak program tu....  Dengan rasa serba salah aku terpaksa cakap tak...

Biarlah bos cakap tak bagi komitmen pun. Yang penting Allah tau the best untuk aku. Lagipun rezeki tu milik Allah....

Papepun memang aku rasa bersalah sesangat tak dapat tolong shazira. Tapi aku lagi rasa susah hati kalau tak balik. Minta maaf sesangat shazira. In sya Allah next time, akak tolong zira...


Thursday, October 30, 2014

Air tulang belakang

Assalamualaikum wbt

Baru dapat call dari adik. Perkhabaran yang sedih! Baru rasanya beberapa hari lepas dpt berita gembira. Kak ani baru dapat baby. Baby boy. Alhamdulillah. bersalin normal...

Cuma masa memula kak ani bagitau anak dia tak menangis..aku rasa masih cool lagi sebab ilham dulu kuar pun tak menangis. Sebab aku dulu sakit lama sangat..ilham dah lemas sekejap dalam perut. Tapi alhamdulillah ilham sihat walafiat. Cergas & Cerdas sesangat... 

Cumanya hati aku macam risau bila kak ani bagi tau, anak dia 'tarik' dua kali. Istilah tarik ni kalau dalam bahasa sains dia macam sawan la...

Malam tadi aku tepon kak ani berborak tanya khabar dengan dia. Dia kata hari ni die tak tengok lagi baby dia, sebab husband dia tak datang. Die memang tak larat nak naik sorang-sorang. Memang aku faham. Lepas bersalin, kita akan hilang tenaga banyak. Sampai nak bergerak pun tak larat. Ilham dulu pun masa lepas bersalin tak menangis.. So memang kena tahan kat wad baby. So, dua hari lepas tu baru aku dapat tengok baby. Semalam bila die cerita tak da orang datang melawat dia. Aku rasa sedih sangat. Time sakit-sakit camni dok hospital memang kita mengharapkan orang datang melawat. Terumata orang terdekat dengan kta. Mak memang tak dapat nak datang sebab tak de orang nak bawak. Sian kat kak ani. Sedihnya.

Tadi adik call, bagitau perkhabaran sedih. Anak kak ani kena sawan. Then doktor decide nak ambik air tulang belakang. Setau aku, doktor akan ambil air tulang belakang untuk kesan penyakit or kuman or virus. Tapi ibu mana yang tak risau bila doktor nak ambil air tulang belakang. Dah la anak baru berumur 3 hari. Sedihnye...Ya Allah...selamatkanlah anak sedara aku. Panjangkanlah umur dia. Berilah ia kesihatan yang baik. Amin....